Pembukaan MRT Laluan Sungai Buloh - Kajang: Tambang Percuma Selama Sebulan Sebagai Hadiah Tahun Baru - Najib

loading...
Pembukaan MRT Laluan Sungai Buloh - Kajang: Tambang Percuma Selama Sebulan Sebagai Hadiah Tahun Baru - Najib



Kuala Lumpur, 15 Dis. - Rakyat Malaysia yang akan menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh - Kajang (MRT SBK) dapat menikmati tambang secara percuma selama sebulan sempena pelancaran sulung laluan itu bermula esok pagi.
Perdana Menteri, Najib Razak berkata perkhidmatan yang dikendalikan oleh RapidRail Sdn. Bhd. itu akan dapat dinikmati pengguna bermula mulai esok sehingga 16 Januari depan.
"Sebagai hadiah kepada rakyat bagi Tahun Baru serta memberi peluang kepada rakyat untuk mencuba kemudahan pengangkutan awam yang baharu, moden dan efisien, saya mengumumkan bahawa Rapid Rail akan memberi perkhidmatan MRT percuma selama sebulan mulai esok sehingga 16 Januari ini.
"Ia termasuklah perkhidmatan bas pengantara. Tambang hanya akan dikenakan bermula 17 Januari ini," katanya.
Pengumuman itu dibuat oleh Najib dalam Majlis Pelancaran Operasi Fasa Pertama MRT SBK di Stesen MRT Kwasa Damansara di sini, lapor Utusan Online.
Sumber: Utusan Online, BH Online
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close