Berita Baik! Sekarang Ini Ada Cara Terbaru Untuk Tukar Kad Debit Maybank Anda. Caranya Mudah Dan Cepat. Semudah A. B. C!

loading...

Kiosk Tukar Kad Debit Maybank
Haaa, Berita Baik! Sekarang ni ada cara terbaru untuk tukar kad debit anda. Caranya mudah dan cepat. Semudah A. B. C!
Cara ringkas:
A. Masukkan kad ATM/Debit lama anda, kemudian masukkan no PIN.
B. Masukkan Mykad anda, serta buat pengesahan cap jari (thumbprint verification). Thumbprint verification passed! (Mesti lulus pengesahan cap jari).
C. Kad Debit baru (versi Chip & Pin) akan keluar berserta resit transaksi.
Tadaaa, dalam Seminit je dah siap! Dah selesai proses penukaran kad Debit baru anda tanpa perlu ke kaunter. Menarik kan?!
Buat masa sekarang, hanya beberapa Branch yang ada kiosk terbaru ini. Yang pasti, kat Menara Maybank dah ada kiosk ni. Dengarnya, dalam masa terdekat, kiosk ini akan ditempatkan di cawangan Maybank KLCC, KL Sentral dan MidValley.
Waktu operasi:
Cawangan Maybank terpilih: 
6 pagi - 12 tengah malam
Cawangan Maybank di Pasaraya:
Mengikut waktu operasi pasaraya
(10 pagi - 10 malam)
Ok, sekian perkongsian saya yang tak seberapa ni.
Jika bermanfaat, boleh Share dengan kengkawan.
P/S: Sila tukar ATM lama anda sebelum 31 Disember 2016 untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Salam ukhwah,
Firdaus Pay - FP -
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close