GEMPAR- Zul Ariffin Nafi Merisik Kekasih Di Australia.. Cantik sungguh KEKASIH Zul ini yer...

loading...
 Zul Ariffin Nafi Merisik Kekasih Di Australia


Umum sudah mengetahui tentang hubungan cinta diantara Zul Ariffin dan kekasih, Zahirah Macwilson yang sudah lama terjalin, namun jarang sekali mendengar kisah cinta mereka terdedah di media sosial. Namun baru-baru ini Zul Ariffin didakwa telah terbang ke Perth, Australia untuk merisik kekasihnya itu, bagaimanapun Zul tampil menafikan tuduhan terbabit.
“Biasalah, kalau berada di luar negara sudah pasti kita akan cari peluang untuk berjumpa orang Malaysia di sana. Kalau betul saya merisik, kenapa saya tidak bawa ibu saya sendiri ikut ke sana. Saya lebih selesa untuk bercerita mengenai kerja sahaja dan lain-lain mengenai kisah cinta, saya tidak akan kongsikan,” katanya kepada Utusan Online berhubung perkara itu.
Pada masa yang sama, Zul menjelaskan bahawa kedatangannya ke Asutralia adalah kerana urusan kerja bersama kakaknya sahaja dan bukan kerana ingin merisik kekasihnya itu. Namun apabila ditanyakan mengenai perkembangan terbaru hubungan cinta mereka, Zul memilih untuk tidak bercerita dengan lebih lanjut dan lebih senang jika bercakap mengenai kerjayanya.
Terdahulu, hubungan cinta mereka pernah dikatakan putus ditengah jalan apabila mereka dilihat jarang memuat naik gambar bersama mahupun bercerita mengenainya kepada umum. Namun Zahirah menafikan dakwaan orang ramai dengan menjelaskan bahawa hubungannya bersama Zul masih berjalan dengan baik tanpa ada sebarang masalah diantara mereka.(rkty/w)
1- Zul Ariffin Nafi Merisik Kekasih Di Australia - jpeg 3- Zul Ariffin Nafi Merisik Kekasih Di Australia - jpeg 4- Zul Ariffin Nafi Merisik Kekasih Di Australia - jpeg 5- Zul Ariffin Nafi Merisik Kekasih Di Australia - jpeg 6- Zul Ariffin Nafi Merisik Kekasih Di Australia - jpeg 7- Zul Ariffin Nafi Merisik Kekasih Di Australia - jpeg 
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close