Mawi Dan Ekin Komen Kes Zila Seeron Ditangkap Khalwat

loading...


#Mawi dan isterinya, Ekin melahirkan rasa simpati dengan rakan baik mereka, Zila Seeron, yang ditahan kerana disyaki berkhalwat dan pada masa sama mempunyai masalah rumahtangga dengan suaminya, Along Raja Lawak.

#Mawi dan isterinya hanya mampu mendoakan kesejahteraan bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim keempat itu.

#Ini komennya:

#“Saya dan Ekin turut simpati dengan apa yang berlaku. Bagi saya, ia adalah perjalanan hidup masing-masing.

#“Sebagai kawan, saya dan Ekin akan terus mendoakan Zila dan Along,” 


#Mawi berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kejadian yang menimpa Zila memandangkan beliau dan isteri ialah sahabat baik kepada wanita itu. Malah, Zila turut bekerja di butik pasangan terbabit.

#Rumah tangga Zila dan Along yang sudah berusia enam tahun berantakan dan mereka sedang dalam proses perceraian. Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki bernama Ahmad Danial, 5 tahun.

#Sementara itu ditanya adakah beliau mahupun Ekin akan terus membenarkan Zila bekerja dengan mereka selepas kes berkenaan, kata Mawi:“Tak tahu pula selepas kes ini. Dia (Zila) tolong Ekin seminggu sekali saja di butik. Semalam pun dia ada berhubung dengan Ekin,” ujarnya.
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close